GUA MUSANG: Seorang anggota tentera dan isterinya yang hamil enam bulan maut apabila kereta jenis Kia Rio yang dinaiki merempuh tembok longkang di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Lojing di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.35 pagi, Ridwan Effendy Yusof, 43, yang memandu kereta tersebut dan isterinya, Suhana Khairudin, 37, mati di lokasi akibat kecederaan parah. Sementara itu, dua anak mereka yang berada di tempat duduk belakang, Qaisara Damia,…










