KUALA LUMPUR: Anak bekas pasangan suami isteri Angelina Jolie dan Brad Pitt, Shiloh Jolie-Pitt secara rasmi membuat permohonan di mahkamah untuk menggugurkan nama bapanya.
Menurut TMZ, permohonan yang difailkan pada 27 Mei lalu bersempena ulang tahunnya yang ke-18 itu difailkan atas rasa kecewa Shiloh kerana sering diabaikan aktor berkenaan.
“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan bapa saya,” katanya.
Selain Shiloh, adik-adiknya iaitu Vivienne Jolie-Pitt dan Knox Jolie-Pitt, 15, juga turut mengambil tindakan sama.
“Walaupun belum disahkan, tetapi kami akan turut memfailkan perkara ini di mahkamah,” ujar Vivienne.
Terdahulu, kedua anak angkat pasangan itu, Zahara Jolie-Pitt, 19, dan Maddox Jolie-Pitt, 22, lebih dahulu mengambil tindakan sama.
Namun, perubahan itu tidak dibuat secara rasmi.










