Hari Peneroka Felda 2024, medan hargai warga peneroka - Utusan Malaysia

Hari Peneroka Felda 2024, medan hargai warga peneroka

FELDA bakal membentangkan pelan rancangan ekonomi kitaran jangka panjang bagi memperkasakan lagi sosioekonomi para peneroka. - FELDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari Peneroka Felda yang bakal berlangsung dari 12 hingga 14 Julai depan bakal diserikan dengan pelbagai program menarik di samping 20 motosikal elektrik dan sebuah kereta menanti pengunjung bertuah.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, program tiga hari yang bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang itu menjadi medan pertemuan dan perkongsian ilu serta idea daripada pengunjung dan penyedia pameran.

“Karnival itu juga akan menyaksikan peneroka menyediakan gerai untuk mempamerkan kemahiran memasak mereka, malah turut tersedia vendor yang menjual produk terbaru mereka.

“Tidak terkecuali, Felda juga berminat untuk mempamerkan usaha lestarinya. Ini termasuk menampilkan trak elektrik untuk program tersebut. Ini adalah wadah bagi menghargai warga peneroka FELDA yang wujud sejak 68 tahun lalu,” ujarnya.

Selain itu, pelbagai aktiviti Hari Peneroka Felda turut menyediakan program membabitkan 12 kluster antaranya usahawan, kerohanian dan festival makanan dengan 30 acara termasuk pameran mini usahawan desa termasuk usahawan kecil.

Melalui kluster kerohanian iaitu acara selawat, pengunjung bakal diserikan dengan persembahan Inteam dan penyanyi, Mawi, Siti Nurdiana dan penampilan istimewa, penyanyi Indonesia, Firman. Festival makanan juga menyaksikan 317 rancangan Felda untuk orang ramai.

Malah, himpunan motosikal dikenali sebagai Himpunan Dua Roda akan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN