15 individu diambil keterangan kes keracunan makanan

15 individu diambil keterangan kes keracunan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis  merakam keterangan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian keracunan makanan dipercayai selepas memakan bihun goreng dan telur yang disediakan untuk program di sebuah sekolah di Gombak dekat sini, 15 Jun lalu. 

Kesemua yang dipanggil melibatkan ahli keluarga, patologi, penyedia makanan dan pembekal 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya turut merakam keterangan dua lagi individu melibatkan penganjur dan ahli jawatankuasa (AJK) makanan majlis tersebut. 

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dirakam percakapan seramai 15 orang.

“Tindakan hari ini untuk merakam keterangan mangsa-mangsa keracunan yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Khamis lalu, polis mengesahkan telah merakam keterangan lima  individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian keracunan makanan di Gombak. 

Akibat kejadian itu,  Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, seramai 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ummi Kalthom Shamsudin dilaporkan berkata,  keracunan makanan itu disyaki berpunca daripada bihun goreng dan telur mata  didakwa sudah berubah rupa dan rasa.

Katanya, gejala utama yang dilaporkan adalah cirit-birit sakit perut, demam, muntah dan loya. 

“Sebanyak dua kes dilaporkan meninggal dunia tanpa menerima sebarang rawatan dari mana-mana fasiliti kesihatan membabitkan remaja lelaki berusia 17 tahun dan bayi perempuan berusia 19 bulan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN