PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan pertumbuhan untung bersih sebanyak 226 peratus kepada RM189.99 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024, berbanding RM58.19 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Menurut pemfailan di Bursa Malaysia semalam, lonjakan tersebut didorong oleh hasil yang lebih tinggi dan pendapatan lain, ditambah dengan bahagian sumbangan keuntungan yang lebih baik daripada syarikat bersekutu dan usaha sama. Bagi suku sama, syarikat merekodkan hasil…