BALIK PULAU : Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai satu mesej kontroversi seperti mempersendakan Islam pada resit yang dimasukkan oleh seorang pelanggan di sebuah premis perniagaan menjual piza di Bayan Lepas. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, laporan mengenai kes itu diterima kira-kira pukul 8.46 malam tadi. “Siasatan mendapati, memang terdapat satu pesanan yang diterima semalam di aplikasi premis tersebut yang mempunyai perkataan menghina di bahagian…