SUNGAI PETANI: Tiga anggota penguatkuasa daripada dua agensi berbeza direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM36,000 bagi melindungi kegiatan rumah urut di negeri ini. Suspek berumur antara 30-an hingga 40-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sungai Petani, malam tadi. Perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek yang bermula hari ini hingga Ahad depan dikeluarkan oleh Majistret…










