KUALA KANGSAR: Tiga lelaki warga Myanmar dihukum penjara antara satu dan tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menceroboh Hutan Simpan Bintang Hijau di Hulu Perak dan melakukan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), Disember lalu. Hakim Rohaida Ishak memutuskan demikian terhadap Ng Mg Win, 28; Ng Win Khin, 36, dan Kyaw Kyaw Sab @ Kyaw Kyaw San, 39, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap…