Tidak terasa hati, Dolla anggap SMDX masih baru dalam industri - Utusan Malaysia

Tidak terasa hati, Dolla anggap SMDX masih baru dalam industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Dolla tidak terasa hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli kumpulan SMDX, Ella Tong yang mengakui tidak mengenali mereka.

Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angle beranggapan perkara tersebut sebagai satu perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan.

“Bagi kami, perkara ini kecil sahaja dan lebih baik kita teruskan hidup seperti biasa,” jelas Sabronzo.

Tambah Sabronzo, kumpulannya masih lagi baharu dan belum lagi mencapai perhatian seluruh rakyat di Malaysia.

“Tidak salah kalau mereka tidak mengenali Dolla dan kami pun tidak menjangka semua orang akan mengenal kami.

“Jadi, kami tidak kisah kalau ada mana-mana pihak yang mengatakan tidak mengenali kami,” jelasnya

Mereka ditemui di sidang media konsert Dolla Rebirth Experience yang berlangsung di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Namun begitu, Dolla tetap menyokong SMDX kerana sedar kumpulan tersebut juga masih baru dalam industri dan banyak lagi yang perlu mereka pelajari.

“Disebabkan mereka masih baharu, kami mengharapkan mereka dapat belajar banyak lagi perkara untuk kekal berjaya pada masa yang akan datang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai persediaan mereka jika diberi peluang untuk berkolaborasi bersama kumpulan SMDX, Dolla tidak menolak sebarang kemungkinan itu.

“Kalau ada peluang, kami okay sahaja sekiranya kolaborasi itu bagus untuk kami,” ujarnya.

Sebelum ini, salah seorang kumpulan SMDX, Elle Thong, teruk dikecam dan dianggap sombong selepas mendakwa dirinya tidak langsung mengenali Dolla.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya