Tiada berhubung lagi dengan Aliff Aziz, Ruhainies tak mahu panjang isu - Utusan Malaysia

Tiada berhubung lagi dengan Aliff Aziz, Ruhainies tak mahu panjang isu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tiada lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku.”

Demikian jawapan pelakon sensasi, Ruhainies, 31, yang mengakui tidak lagi berhubungan Aliff Aziz selepas kontroversi melibatkan rumah tangga aktor tersebut.

Jelas Ruhainies, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut dan hanya mahu memfokuskan kerjaya seninya sekarang.

“Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu memanjangkan isu ini,.

“Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang. Bila ada kenyataan baharu, takut tiada penghujung,” ujarnya.

Aktes tersebut ditemui ketika majlis Rumah Terbuka FiziWoo di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika diajukan soalan dakwaan kononnya dia berkomplot dengan Alif untuk menjatuhkan Bella Astillah, Ruhainies dengan tenang menjawab;

“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, segelintir orang tetap cakal saya buat.

“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” ujarnya.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella Astillah tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di sini, Mac lalu.

Tidak tahan terlalu kerap dicurangi, Bella dilapor memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pada 11 Mac lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya