Tengku Dewi Putri sedia failkan cerai, tak tahan suami selalu curang - Utusan Malaysia

Tengku Dewi Putri sedia failkan cerai, tak tahan suami selalu curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Spekulasi pergolakan rumah tangga Tengku Dewi Putri terjawab apabila pelakon terbabit mendedahkan suaminya, Andrew Andika sekian lama berlaku curang dengan perempuan lain.

Terbaharu, pelakon filem Drakula Cinta itu bertindak mendedahkan kelakuan suaminya itu di Instastory, antaranya membabitkan perbualan telefon dengan pelakon yang didakwa, Soraya Rasyid.

Justeru pelakon tersebut menyatakan kesediaan untuk memfailkan cerai dan segera melantik peguam, Minola Sebayang untuk menguruskan kes berkenaan.

“Ini yang menjadi persoalan paling utama dan tentunya itu memberi tekanan mental bagi Tengku Dewi.

“Itu membuat akhirnya tidak ada lagi keserasian antara mereka berdua,” kata Minola.

Tambah Minola, pelakon dan pempengaruh media sosial itu berdepan tekanan ekoran sikap curang suaminya yang sering berulang.

“Dia tidak sanggup menghadap perilaku suaminya yang mungkin akan berterusan dan tidak berubah.

“Tengku Dewi juga berhak merasakan hidup bahagia tanpa ada tekanan mental akibat perilaku suaminya yang curang atau tidak setia,” ujarnya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada April 2017. 

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Eshan Rayn Fischer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×