Tambah bajet kesihatan kepada lima peratus

Tambah bajet kesihatan kepada lima peratus

Bajet kesihatan perlu ditambah untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan disaran menambah pembiayaan kesihatan negara daripada empat kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi memberi perkhidmatan optimum kepada rakyat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, jumlah empat peratus iaitu RM36.1 bilion tidak mencukupi bagi menampung keperluan 34 juta rakyat Malaysia.

“Jika dilihat negara maju seperti Jepun dan Taiwan, mereka membelanjakan sekitar tujuh ke lapan peratus dari hasil negara untuk kesihatan rakyat, jadi Malaysia juga boleh cuba mencontohi negara tersebut,” katanya.

Katanya, jika kerajaan bersetuju meningkatkan lagi perbelanjaan sektor kesihatan, masalah kekurangan doktor pakar dan kemudahan di klinik kesihatan kerajaan dapat diperbaiki.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, sudah tiba masanya untuk sektor kesihatan awam menaikkan caj RM1 kepada kadar yang lebih sesuai.

Katanya, dengan peningkatan kos seperti fasiliti, harga ubat-ubatan dan rawatan yang semakin meningkat menjadikan caj RM1 di klinik kesihatan kerajaan tidak wajar.

“RM5 kadar baharu untuk rawatan biasa dan RM15 untuk klinik pakar merupakan kadar yang sesuai untuk dikenakan kepada pesakit.

“Kenaikan caj ini adalah suatu keperluan kerana kos rawatan semakin mahal yang akan membebankan kerajaan untuk menampung sepenuhnya dan boleh menjejaskan perkembangan sektor kesihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN