Tak menyesal beralih bidang - Utusan Malaysia

Tak menyesal beralih bidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JACQUELINE Goh Wan Yi membuat keputusan besar apabila beralih bidang daripada menjadi seorang guru kepada pempengaruh media sosial dan kini, pelakon.

Tidak semua memiliki keberanian sepertinya yang meninggalkan kerjaya yang menjanjikan masa depan cerah kepada karier yang penuh ketidaktentuan.

Namun pelakon filem OPPA ini nekad untuk mengubah haluan, beralih kerjaya demi keseimbangan hidup.

“Saya suka mengajar dan sayangkan kanak-kanak. Tapi pada saya, tugas guru terlalu berat dan membebankan.

“Lebih 14 tahun bergelar seorang pendidik, saya rasa saya sudah sepenuhnya bersedia untuk meninggalkan profesion tersebut.

“Titik permulaan adalah ketika pandemik. Ketika itu aktiviti terbatas, pengajaran banyak berlaku secara dalam talian membuatkan tugas guru bertambah dan membebankan.

“Ditambah, sikap ibu bapa yang meletakkan jangkaan tinggi membuatkan ramai guru rasa terbeban. Itu bukan lagi perkara yang saya mahukan dalam hidup saya,” katanya yang mengajar di sebuah sekolah kebangsaan di Subang Jaya.

Kata Jacqueline, dia tidak pernah menyesal beralih bidang, malah bersyukur kerana mengikut kata hati untuk mengejar kerjaya yang lebih membahagiakan untuknya.

“Selepas berbelas tahun mengajar, akhirnya saya terfikir untuk mencari keseimbangan hidup.

“Saya mahukan sesuatu yang berlainan. Jadi saya cuba menjadi pempengaruh media sosial kerana saya suka bercakap dan berkongsi maklumat. Kemudian perlahan-lahan terjun ke bidang lakonan.

“Tiada perkara yang mudah dalam dunia ini. Kerjaya lakonan juga mencabar kerana persaingan tinggi disebabkan pasaran drama dan filem Cina tempatan yang terhad.

“Saya kena bekerja keras untuk menonjol. Kerana itu saya bersyukur dengan kewujudan media sosial yang memperkenalkan saya kepada masyarakat,” kongsinya lagi

PERANAN UTAMA
Jacqueline bertuah terpilih untuk melakonkan peranan utama dalam filem sulungnya bertajuk OPPA.

Katanya, penggambaran berjalan lancar meskipun pertama kali masuk ke set penggambaran sebuah filem membabitkan tenaga kerja yang ramai.

“Saya melakonkan watak seorang guru yang terjerat dengan love scam. Peranan ini besar buat saya yang pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana seorang cikgu diancam ah long yang datang ke sekolah menuntut hutang.

“Saya tak gemuruh berlakon walaupun projek ini merupakan filem pertama saya. Fokus saya hanya untuk menghidupkan watak yang diberikan dan saya bersyukur semua dipermudahkan.

“Memang saya bertuah kerana ditawarkan berlakon filem walaupun baru terjun ke dalam bidang lakonan. Tapi kalau watak itu sesuai dengan kita dan pengarah juga mahukan kita, kenapa tawaran itu perlu ditolak?” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya