Tak ambil 'bahan terlarang', Amyza Adnan kurus sebab jaga pemakanan - Utusan Malaysia

Tak ambil ‘bahan terlarang’, Amyza Adnan kurus sebab jaga pemakanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amyza Adnan, 47, menepis persepsi yang mengaitkan fizikalnya yang terlalu kurus dengan pengambilan bahan terlarang.

Kata Amyza, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan perlu diperbetulkan.

“Ada juga individu ambil bahan terlarang tapi fizikal mereka tak adalah kurus.

“Persepsi yang mengaitkan orang berbadan kurus dengan bahan terlarang adalah salah.

“Jadi, jangan cepat jatuh hukum,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Amyza dalam masa sama tidak menafikan wujud individu tidak sensitif yang secara ‘depan muka’ membuat telahan hanya disebabkan fizikalnya yang kurus.

“Ada juga yang mengeluarkan andaian mereka dengan nada bergurau.

“Jawab saya nak buat macam mana, saya pun ‘barang baik’,” selorohnya.

Kata Amyza lagi, dia selesa berbadan kurus dan akan berusaha mengekalkan bentuk fizikal seperti itu demi kelangsungan kerjaya sebagai pelakon.

“Saya makan macam biasa, cuma amalkan konsep makan ibarat raja ketika sarapan dan hadkan waktu makan sehingga pukul 8 malam.

“Saya tak lakukan diet ekstrim, tidak juga bersenam. Alhamdulillah saya tetap berjaya kekalkan berat 46 kilogram.

“Demi kerjaya saya selesa begini. Kalau berat badan naik, ‘saham’ akan turun. Begitu juga sebaliknya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN