MEKAH: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berusaha menambah baik perkhidmatan kesihatan untuk jemaah haji termasuk menyediakan perkhidmatan fisioterapi. Penyelaras Operasi (Unit Kesihatan Awam) Tabung Haji, Dr. Asraf Ahmad Qamruddin berkata, perkhidmatan tersebut disediakan menerusi Program Ziarah Rahmah akan disertai pakar yang berkongsi tips dan nasihat dengan jemaah terutama mengenai pergerakan atau regangan otot. Selain itu katanya, anggota unit tersebut akan datang ke setiap bilik jemaah haji untuk memastikan keadaan fizikal…










