KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10,840 tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara akan melaksanakan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Al-Nawawi secara berperingkat pada tahun ini. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pada peringkat awal, sebanyak 4,145 tabika Kemas melibatkan kira-kira 80,000 pelajar akan memulakan modul tersebut Jun ini. Menurutnya, guru-guru di tabika terbabit akan mengikuti latihan sebelum modul tersebut dilaksanakan. “Modul tersebut diperkenalkan bagi mengimarahkan…










