Syor wujud terminal khas haji dan umrah di Kuala Lumpur

Syor wujud terminal khas haji dan umrah di Kuala Lumpur

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan mencadangkan kewujudan satu terminal khas untuk jemaah haji dan umrah di Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu dapat membantu penerbangan yang ke Jeddah atau tempat lain di Arab Saudi dapat dilaksanakan di mana pelepasan imigresen negara itu boleh dibuat di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Katanya, selain urusan haji, pihaknya berharap pelepasan imigresen Saudi dapat diperluas kepada umrah sepanjang tahun.

“Perkara ini disusuli dan berharap dapat direalisasikan pada kadar segera. Untuk haji, memang sekarang ini ada kemudahan imigresen di Kuala Lumpur.

“Tetapi kita ingin melanjutkannya bukan sahaja untuk haji, tetapi untuk umrah juga untuk memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia datang mengerjakan umrah sepanjang tahun,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Terdahulu, beliau memaklumkan cadangan itu ketika mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengangkutan Arab Saudi selepas menghadiri Future Aviation Forum atas undangan Kerajaan Arab Saudi.

Buat masa kini, semua penerbangan haji dan umrah berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama penerbangan lain.

Dalam pada itu, Siew Fook berkata, pihaknya sedang berbincang dengan Arab Saudi untuk penerbangan tambahan semasa musim haji supaya dapat memudahkan pergerakan haji dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN