Swasta diajak sama-sama bantu naik taraf ekonomi OKU

Sektor swasta bertanggungjawab bantu OKU wanita

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa mengesyorkan badan-badan swasta untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu menaik taraf hidup golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terutama wanita.

Katanya kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta dapat membantu memberikan latihan dan didikan untuk mengembangkan potensi golongan itu meneroka dan meningkatkan ekonomi negara.

“Golongan OKU wanita terutama di kawasan bandar perlu diberikan perhatian seperti memberikan latihan khusus untuk meningkatkan keupayaan mereka, terutama dalam perniagaan atau d kemahiran-kemahiran yang sesuai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi usaha sama antara badan swasta dan badan kerajaan diperlukan dan itu yang kita harapkan,” katanya ketika menghadiri program Forum Internasional Dewan Perdana Mestika Institut Latihan DBKL (IDB), Kuala Lumpur hari ini.

Forum Internasional itu bermatlamat memberikan peluang pendidikan terutamanya golongan OKU wanita bagi mencapai potensi yang lebih tinggi dalam kerjaya masing-masing.

Sementara itu, Pengasas Persatuan Semarak Cinta Kasih, Dr. Leez Abu Hassan berkata, program ini merupakan anjuran kali ke enam yang telah dibuat sejak tiga tahun lepas.

“Fokus kita adalah untuk meningkatkan lagi kesejahteraan wanita, dan kita akan teruskan lagi pelaksanaannya,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini