JOHOR BAHRU: Suasana hiba menyelubungi kawasan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini apabila ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa mula mengunjungi hospital berkenaan. Ada dalam kalangan mereka dilihat menitiskan air mata setelah mendapat perkhabaran tentang insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi. Suasana sama dirasai di wad yang menempatkan anggota polis tercedera, selain di Jabatan Perubatan Forensik yang menempatkan mayat dua anggota maut. Terdahulu, Ketua Polis…