GEORGE TOWN : Seorang suri rumah, Azizah Abdul Wahab, 43, tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila dua anaknya tersenarai antara calon cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Pulau Pinang. Uniknya, kedua-dua mereka iaitu Muhammad Huzaifah Raja Siraj Mohideen, 18, dan Nur Husnina, 18, digelar ‘kembar tahun’ kerana dilahirkan dalam tahun yang sama walaupun berbeza bulan kelahiran. Azizah berkata, Muhammad Huzaifah yang juga merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan…