KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali atas dua kesalahan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Noorin Badaruddin menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu selepas berpuas hati Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf ketika mensabit dan menghukumnya. Siti Bainun merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara…