KUALA LUMPUR: Susulan perselisihan faham dengan netizen, pelakon terkenal, Beto Kusyairy memaklumkan tidak perlu melayan komen negatif di media sosial.
Beto atau nama penuhnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, 44, berkata, kejadian itu tidak wajar diperbesarkan kerana setiap orang memiliki hak untuk menyuarakan pandangan .
“Kejadian itu membuatkan saya belajar yang sepatutnya saya tidak perlu ambil kisah tentang komen-komen begini.
“Saya berkelas tinggi dan tidak perlu ke tahap itu sebab setiap orang ada ada hak untuk memberi pandangan apatah lagi semuanya di hujung jari,” jelasnya ketika ditemui pada Malam Bersamamu Rafah 2024 yang diadakan di Glamhall Damansara, baru-baru ini.
Baru-baru ini, Beto telah dicop sebagai bebal oleh seorang individu yang berang dengan komen yang tinggalkan oleh pelakon berkenaan dalam sebuah hantaran di Instagram berhubung dengan insiden membabitkan kemalangan atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias.
Untuk tidak memperbesarkan perkara itu, dia mengambil pendekatan lebih berhati-hati dalam meninggalkan komen di media sosial.
Dalam pada itu, pelakon filem Imaginur itu menjelaskan komen ditulis terhadap mangsa telah disalah erti oleh individu tersebut.
“Saya tidak merujuk kepada sistem perundangan atau tindakan reman, sebaliknya hanya bersimpati terhadap mangsa” ujarnya.










