PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes simbah asid penyerang Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara, di sini semalam. Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan membabitkan lelaki berusia 20-an di Pandan Indah, Kuala Lumpur. “Kita akan mendapatkan perintah reman hari ini. Dalam pada itu, kita telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal). “Beberapa saksi bebas…










