Sembilan ditahan seleweng barangan berduti RM136 juta

Sembilan ditahan seleweng barangan berduti RM136 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sembilan orang terdiri ejen kastam dan ‘freight forwarder’ ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) semalam kerana terbabit seleweng barangan berduti membabitkan nilai RM136 juta.

Penahanan mereka dilakukan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penyelewengan kemudahan pemindahan barang berduti dengan menggunakan Borang Kastam 8.

JKDM berkata, bertindak hasil maklumat risikan, kesemua mereka disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan kemudahan pemindahan barang berduti dengan menggunakan Borang Kastam 8 iaitu pemindahan barang berduti (barang campur) dari Pelabuhan Utara (B10) ke Pelabuhan Barat (B18) dan Port Klang Free Zone (Gudang B3S).

Menurut JKDM, mengikut maklumat, kontena telah disahkan pelepasan daripada stesen penghantar di Pelabuhan Utara (B10) dan didapati dilencongkan ke satu lokasi lain di sekitar Lembah Klang dan destinasi lain.

“Jumlah Borang Kastam 8 terbabit adalah sebanyak 2,038 borang (2024) dan 462 borang (2023).

“Kes-kes ini dianggarkan melibatkan barangan bernilai RM136 juta, manakala duti/cukai terbabit dianggarkan sebanyak RM16 juta,” katanya di sini.

Katanya, semua mereka ditahan reman selama empat hari oleh Mahkamah Klang untuk siasatan lanjut.

“Sebanyak empat empat kertas siasatan dibuka dan siasatan dijalankan bagi kesalahan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN