Saya tetap bagi sumbangan dekat Palestin, buat apa nak tunjuk - Meerqeen  - Utusan Malaysia

Saya tetap bagi sumbangan dekat Palestin, buat apa nak tunjuk – Meerqeen 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas menyedari namanya disenarai dalam gerakan Blockout 2024, pelakon, Meerqeen menegaskan dirinya turut menyokong Palestin walaupun dikatakan pernah bekerjasama dengan jenama pro Israel.

Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, berkata, dirinya masih tetap cakna terhadap segala isu yang berlaku di Palestin kerana ia merupakan satu tanggungjawab bagi orang Islam.

“Sejak 2022, saya sentiasa bersuara mengenai isu Palestin dan saya banyak berkongsi isu tersebut dalam semua sosial media saya.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya menyokong Palestin dan apa yang saya perhatikan, tidak ada seorang pun orang Melayu yang menyebelahi pihak Israel,” jelasnya selepas sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salji di Zebra Square, semalam.

Selain dari melihat perkembangan yang berlaku kepada negara tersebut, dia turut memaklumkan dirinya pernah memberi sumbangan dan berpendapat tiada keperluan untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum.

“Mungkin siapa yang tidak mengikut saya, takkan tahu apa yang saya buat selama ini.

“Sebenarnya saya turut memberi sumbangan kepada mereka tetapi buat apa saya nak menunjuk perkara tersebut kepada umum,” ujarnya.

Dalam pada itu, bdia menegaskan bahawa dirinya akan terus kekal kepada karier lakonan walaupun ia sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasinya sendiri.

“Saya tidak mahu perkara ini mengganggu prestasi kerjaya dan saya akan memilih untuk teruskan seperti biasa kerana saya tahu apa yang saya buat untuk saudara di sana,” tambahnya.

Sebelum ini, tercetus gerakan #Blockout2024 bagi memboikot selebriti yang masih menjalankan kerjasama dengan produk mahupun syarikat pro-Israel.

Meerqeen merupakan salah satu selebriti yang disenaraikan hitamkan di bawah Blockout 2024, diikuti beberapa selebriti yang terkenal di Malaysia seperti Daiyan Trisha, Nadhir Nasir, Nabila Razali, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Mira Filzah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya