Saya dah cuba naikkan berat tapi tak boleh - Ara Johari - Utusan Malaysia

Saya dah cuba naikkan berat tapi tak boleh – Ara Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tertekan apabila dikatakan semakin kurus, penyanyi, Ara Johari mengakui sudah berusaha untuk menaikkan berat badan namun tetap tidak berubah.

Jelasnya, dia bukan sahaja mengalami masalah menaikkan berat badan tetapi metabolisma yang tinggi lantaran beratnya mudah turun dengan mendadak.

“Setiap kali timbang, berat saya masih sama. Saya pun tak tahu kenapa orang cakap makin kurus. Tak nafikan mungkin genetik juga, sebab keluarga saya semua kecil-kecil.

“Sebenarnya mahu naikkan berat badan saya sangat susah, tapi senang untuk turun. Jadi, bila orang cakap saya makin kurus, itu sedikit sebanyak beri tekanan kepada saya untuk naikkan berat.

“Tetapi saya sudah cuba, tetap tak boleh. Sekarang berat badan saya masih sama, BMI pun normal saja. Selagi normal, saya tak ada masalah,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi Paku itu tidak menafikan wajahnya semakin cengkung selepas memakai pendakap gigi.

“Mungkin juga (sebab pakai pendakap gigi. Orang cakap bila pakai braces muka jadi cengkung. Jadi, mungkin sebab itu juga nampak kurus, cengkung.

“Saya ada masalah kurang keyakinan disebabkan gigi bawah, sebab setiap kali menyanyi akan nampak. Kalau ditemu bual pun, akan nampak. Saya rasa lebih baik pakai pendakap gigi.

“Tapi saya pakai pun sebab diri sendiri, bukan sebab pernah diejek. Lebih kepada untuk keyakinan diri sendiri.

“Cuma belum lurus lagi, jadi kurang yakin. Saya pakai pun tidak lama, paling lama pun dalam dua tahun saja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya