KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dua lagi berjaya membatalkan saman bekas Pengerusi Eksekutif Renong Bhd., Tan Sri Halim Saad berhubung pengambilalihan saham United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang didakwa berlaku secara paksa, 23 tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Dr. Mahathir, bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Kerajaan Malaysia selepas mendapati saman oleh ahli perniagaan itu difailkan melebihi tempoh masa yang dibenarkan. Menurut afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Nor Mohamed dalam permohonan membatalkan saman yang difailkan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya