SHAH ALAM: Sebanyak 132 keluarga daripada keseluruhan 153 rumah di kawasan perumahan setinggan, Kampung Sri Makmur, Gombak didakwa didakwa tidak menerima pampasan secara adil daripada kerajaan negeri. Sejumlah 21 daripada keseluruhan keluarga dilapor menerima pampasan hanya RM1,000 supaya mereka berpindah dari kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan sebuah kondominium mewah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham berkata, hal tersebut menyebabkan sebahagian besar penduduk di sana enggan…