SINGAPURA: Jurucakap Agensi Air Kebangsaan (PUB) Singapura mengumumkan bahawa pekerja Malaysia berusia 24 tahun yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Besar Ng Teng Fong selepas terhidu gas toksik meninggal dunia pada malam Selasa lalu. Ini adalah kematian kedua insiden terhidu gas di Choa Chu Kang Waterworks (CCKWW) minggu lepas. Mangsa yang merupakan pekerja kontraktor PUB Stargroup Est bersama dua pekerja lain rebah selepas terhidu gas hidrogen sulfida semasa…











