Rakam empat lagu sehari, Mark Adam kagum produksi Indonesia

Rakam empat lagu sehari, Mark Adam kagum produksi Indonesia

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2024 - Sesi fotografi bersama selebriti, Mark Adam ketika majlis rumah terbuka SRC Suria Records di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID / PEMBERITA - ALIFF ( UTUSAN ) / EMIRA ( KOSMO )
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Penyanyi, Mark Adam kagum dan teruja apabila dapat menimba pengalaman sendiri merakam empat buah lagu dalam tempoh masa sehari ketika bekerjasama dengan produksi Indonesia baru-baru ini.

Jelas Mark, dia pada awalnya terkejut dengan tawaran tersebut namun memberanikan diri untuk mencuba dan belajar bagaimana produksi seberang boleh merakam beberapa buah lagu dalam tempoh 24 jam.

“Di sini memang tidak pernah rakamkan lagu sebanyak itu dalam tempoh sehari. Tetapi produksi di sana mempunyai sistem rakaman yang baik untuk pastikan semua perancangan tersebut dapat dilaksanakan.

“Apabila diberikan tawaran sebegitu saya terkejut. Tak pernah dibuat orang di sini kan. Tetapi sepanjang menjalani proses rakaman saya perlu adaptasi dengan cara kerja mereka.

“Bila melihat cara kerja mereka, saya fikir itu adalah sesuatu yang baik d. Mungkin kita boleh cuba praktikkan di sini kerana menjimatkan masa,” katanya.

Mark berkata demikian ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka SRC music baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi Pencuri itu berkata, dia berkolaborasi dengan TA Pro Music & Publishing menyanyikan kembali lagu-lagu popular untuk siaran di Youtube syarikat berkenaan.

“Sebenarnya, kolaborasi itu bermula sekitar awal tahun lalu dan pada Mac, saya sekali lagi diberi kepercayaan untuk merakamkan 10 buah lagu-lagu popular era 90-an bersama mereka.

“Untuk 10 buah lagu ini kami hanya akan lakukan dalam tempoh dua hari sahaja. Sehari untuk rakam semua lagu dan sehari lagi untuk muzik video. Saya juga akan bekerjasama dengan penyanyi-penyanyi di sana.

“Sasaran mereka adalah untuk saluran Youtube dan sebab itu kami menyanyikan kembali lagu-lagu lama,” ujarnya.

Mark dalam masa sama berhasrat untuk merakamkan lagu baharu selepas kali terakhir tampil dengan single berjudul Rokieya tahun lalu.

“Kalau boleh saya nak tampil dengan lagu baru tahun ini. Dah lama tiada lagu baru.Saya juga sudah lama tidak berlakon dan drama-drama sebelum ini masih lagi ditayangkan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya