Korea Utara bina jalan, tembok dalam zon bebas tentera

Korea Utara bina jalan, tembok dalam zon bebas tentera

BENDERA Korea Utara dilihat di perkampungan propaganda Gijungdong.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara membina jalan dan tembok di dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkannya dari Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Agensi Korea Selatan yang memetik sumber tentera berkata, aktiviti pembinaan itu berlaku di utara Garisan Persempadanan Ketenteraan (MDL), merentasi tengah-tengah DMZ.

“Baru-baru ini, tentera Korea Utara mendirikan tembok, menggali tanah dan membina jalan raya di beberapa kawasan antara MDL dan Garisan Had Utara di DMZ,” menurut Yonhap pada Sabtu.

Laporan itu susulan insiden minggu lalu apabila tentera Korea Selatan melepaskan tembakan amaran selepas askar Utara menceroboh sempadan negara itu.

Menurut pihak berkuasa Korea Selatan, ia berkemungkinan tidak disengajakan kerana beberapa askar Korea Utara membawa peralatan kerja.

Ketika ditanya mengenai laporan itu, tentera Korea Selatan dalam kenyataan berkata, pihaknya menjejaki dan memantau teliti aktiviti askar dari Utara, termasuk menjalankan analisis lanjut.

Minggu lalu, Agensi Perisik Korea Selatan memberitahu AFP bahawa ia mengesan usaha Korea Utara merobohkan bahagian-bahagian landasan kereta api yang menghubungkan kedua-dua negara.

Ia susulan peningkatan dalam perang propaganda antara Korea Utara dan Selatan.

Sebelum ini, Korea Utara menghantar lebih seribu belon yang berisi sampah ke Selatan, menyifatkannya sebagai tindak balas terhadap belon propaganda yang dihantar aktivis anti-Pyongyang.

Korea Selatan kemudian menyambung semula propagandanya dengan menyiarkan lagu K-pop dan berita pada pembesar suaranya di DMZ bersempadanan dengan Korea Utara.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×