Pusat urut badan tawar pelacur diserbu

Pusat urut badan tawar pelacur diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 PETALING JAYA: Seramai 51 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam serbuan di pusat khidmat urutan badan dan pelacuran dengan bayaran serendah RM80 di sebuah premis di Jalan Pasar Baru di ibu negara, Khamis lalu. 

Kesemua berusia 24 hingga 54 tahun itu ditahan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Imigresen Perak hasil aduan dan risikan selama tiga minggu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, modus operandi kegiatan tersebut adalah menawarkan perkhidmatan urutan badan dan aktiviti pelacuran kepada warga asing dan tempatan. 

Katanya, perkhidmatan urutan badan dijalankan di tingkat bawah premis manakala aktiviti pelacuran di tingkat satu. 

“Pelanggan akan memilih wanita warga asing untuk dilanggan dan bayaran RM80 hingga RM150 bagi satu jam yang dilakukan di dalam bilik.

“Siasatan lanjut mendapati premis itu telah beroperasi kira-kira 30 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurut Ruslin, tangkapan membabitkan 41 wanita dan 10 lelaki. 

Jelas beliau, wanita terbabit terdiri daripada 37 warga Vietnam, tiga Indonesia serta Myanmar (1), manakala lelaki membabitkan lima Bangladesh, Vietnam (2), India (1), Pakistan (1) dan Indonesia (1). 

“Pasukan operasi merampas 19 pasport Vietnam, dua pasport Bangladesh selain empat botol minyak urut dan kondom.

“Semasa serbuan, segelintir wanita terbabit cuba melarikan diri mengikut pintu belakang dan bersembunyi, namun berjaya digagalkan oleh anggota serbuan. 

“Terdapat juga pelanggan cuba melakukan provokasi dengan membuat bising dan menghalang anggota melakukan penggeledahan,” ujarnya.

Tambahnya, lima lelaki tempatan telah diberikan notis hadir ke pejabat Imigresen untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Akta imigresen 1959/1963, Peraturan-Peraturan Imigresen 1966, Akta Pasport 1966,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN