Pupuk disiplin kerja, Hisyam Hamid hindari datang lambat ke set penggambaran - Utusan Malaysia

Pupuk disiplin kerja, Hisyam Hamid hindari datang lambat ke set penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hisyam Hamid, 38, tidak akan teragak-agak untuk menegur mana-mana pelakon yang datang lambat, atau ponteng penggambaran bagi sesebuah drama atau filem membabitkannya.

Katanya, tindakan itu wajar bagi mengelakkan pelakon berkenaan mengulangi sikap berkenaan, sekali gus mengurangkan masalah dalam proses penggambaran.

“Disiplin dan etika kerja penting. Sejak dulu, saya pupuk sikap tepati masa ketika menjayakan penggambaran filem atau drama.

“Saya pernah tegur seorang pelakon popular hanya disebabkan dia hadir lambat ke set penggambaran. Tapi teguran itu dibuat secara baik, berdua dan bukan di depan orang ramai.

“Saya terpanggil untuk berbuat demikian kerana enggan masalah disiplin yang ditimbulkan artis berkenaan memberi kesan kepada kerja saya dan perjalanan penggambaran drama berkenaan. Alhamdulillah artis itu ambil teguran dan ubah sikap,” kongsinya.

Hisyam berkata demikian ketika mempromosikan drama Bunga Salju, baru-baru ini.

Kata pelakon ini, pelakon dan tenaga produksi perlu mengamalkan profesionalisme yang tinggi agar sesuatu naskhah itu dapat disempurnakan dengan baik.

“Warga produksi kena saling menegur. Lebih-lebih lagi drama yang mengandungi episod yang banyak. Banyakkan kalau timbul pelbagai masalah, tak mustahil drama berkenaan terkesan dan penggambarannya sukar ditamatkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×