PETALING JAYA: Polis menyita enam buah motosikal yang diubah suai di kawasan lorong motosikal lebuh raya Sungai Besi- Ulu Kelang (SUKE), di sini, kelmarin. Menerusi operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya itu, sebanyak 63 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi bermula pukul 7.30 pagi hingga 9 pagi itu bertujuan mengesan pengguna jalan raya yang tidak…