GEORGE TOWN : Polis berjaya membongkar satu aktiviti memproses dadah jenis heroin di sebuah rumah teres yang dijadikan makmal haram selain merampas dadah bernilai RM117,000 dalam serbuan yang dilakukan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Isnin lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 5.30 petang itu, seorang lelaki warga Nepal berusia 35 tahun telah ditahan di rumah tersebut manakala dua lelaki warga tempatan yang…










