Polis Johor pantau kegiatan ekstremis, ajaran sesat

Polis Johor pantau kegiatan ekstremis, ajaran sesat

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar ketika menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada 42 waris dan ahli keluarga pegawai dan anggota yang maut atau tercedera ketika berkhidmat, sepanjang tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor memantau sebarang kegiatan ekstremis agama termasuk kumpulan sesat di negeri ini bagi menjamin ketenteraman awam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, anggota masyarakat khususnya ahli keluarga juga mempunyai peranan penting dalam soal berkenaan.

Beliau berkata, maklumat awal daripada ahli keluarga dan masyarakat penting kerana pihak berkuasa tidak dapat menilai personaliti dan ideologi seseorang secara zahir.

“Sebarang perubahan sikap, tingkah laku dan aktiviti harian perlu diperhatikan untuk langkah pencegahan diambil,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan kejayaan polis Johor membanteras kegiatan jenayah bersabit kesalahan dadah di mana seramai 8,652 pesalah ditahan, ketiga tertinggi sejak 1 Januari hingga April lalu.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 1.72 tan dadah bernilai RM13.37 juta dirampas, manakala sitaan aset sebanyak RM5.31 juta telah dibuat ke atas lapan sindiket pengedaran dadah tempatan,” ujarnya.

Sementara itu, polis Johor turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada 42 waris dan ahli keluarga pegawai dan anggota yang maut atau tercedera ketika berkhidmat, sepanjang tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN