PETALING JAYA: Polis sudah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan berhubung laporan polis yang dibuat, Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah menghubungi individu-individu terbabit untuk diambil keterangan.
“Semalam kita sudah contact (hubungi) untuk ambil keterangan kedua-dua mereka,”katanya ketika ditemui selepas hadir ke lokasi kejadian di pusat beli-belah, di sini, hari ini.
Selasa lalu, Ketua Polis Salangor, Datuk, Hussein Omar Khan memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan dua ahli pengurusan Selangor FC berkemungkinan menjadi sasaran seterusnya susulan insiden menimpa pemain bintang pasukan itu.
Beliau dilaporkan berkata, pihaknya setakat ini menerima dua laporan polis daripada pihak pengurusan itu.
“Dua laporan bersangkut kes Faisal dan ia sebahagian daripada siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- UTUSAN










