Penjara terkecil dunia hanya miliki dua sel

Penjara terkecil dunia hanya miliki dua sel

PENJARA terkecil di Pulau Sark
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pulau Sark yang terkecil di Kepulauan Channel antara Perancis dan England menjadi lokasi kepada penjara terkecil di dunia yang masih digunakan sehingga kini.

Lapor Oddity Central, tiada kereta, jalan raya dan lampu jalan di Pulau Sark yang berukuran kurang lima kilometer dengan populasi di bawah 600 orang.

Tetapi terdapat sebuah penjara dibina sejak tahun 1856 yang hanya mempunyai dua sel  dipisahkan oleh koridor sempit dan memegang Rekod Dunia Guinness untuk penjara terkecil di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua sel itu hanya mempunyai katil kayu kecil dengan tilam nipis dan banduan hanya boleh ditahan di situ selama maksimum dua hari, sebelum dipindahkan ke kemudahan penjara yang lebih besar di Guernsey.

Menurut laman web Sark Estate, Mahkamah Guernsey mengarahkan penjara baharu dibina pada 1832, kerana penjara asal dianggap tidak sesuai, tetapi disebabkan kekangan bajet, ia mengambil masa lebih dua dekad untuk memulakan pembinaan kemudahan baharu itu.

Penguatkuasaan undang-undang di pulau itu tidak menerima laporan jenayah dengan kerap.

Tetapi penjara itu secara teknikalnya masih beroperasi dan dua sel itu kerap dihuni oleh pelancong yang bergaduh atau penduduk tempatan yang mabuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini