PETALING JAYA : Polis mengesan terdapat pengeluar produk kesihatan palsu menggunakan nama seorang selebriti yang juga pakar kesihatan tanpa kebenaran untuk menjual dan mengiklankan produk berkenaan di media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penggunaan imej selebriti berkenaan dipercayai untuk mengelirukan pembeli. Kata beliau, apa yang membimbangkan adalah produk berkenaan dipercayai mampu memberikan kesan negatif kepada kesihatan individu yang mengambilnya. “Produk…










