Pengalaman hampir disamun tak halang Ben Amir kembara solo - Utusan Malaysia

Pengalaman hampir disamun tak halang Ben Amir kembara solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman pelakon, Ben Amir, yang hampir disamun ketika kembara solo ke Kemboja tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan hobi tersebut.

Bahkan, menurut pelakon Sweet Dreams itu, peristiwa lalu mengajarnya untuk berhati-hati ketika berjumpa individu yang tidak dikenalinya.

“Saya fikir setiap orang kena rasai pengalaman kembara solo. Kita akan belajar untuk hidup dan sesat sendirian.

“Semua itu akan menjadi kenangan indah yang boleh diceritakan kepada anak-anak suatu hari nanti.

“Nak cakap soal pengalaman, saya hampir disamun di Kemboja sebab saya salah bual dengan seseorang, tapi tiada perkara buruk yang berlaku.

“Saya tidak trauma dan Alhamdulillah dapat nikmati makanan yang lazat,” katanya.

Ben ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak di TGV The Starling Mall, baru-baru ini.

Kata Ben, beliau dalam masa terdekat sedang merancang untuk terbang ke beberapa tempat seperti Costa Rica, Amerika dan Kathmandu dan Nepal.

Pelakon tersebut dalam pada itu menyangkal dakwaan kononnya ditaja sebaliknya menegaskan segala perbelanjaan dikeluarkan daripada poket sendiri.

“Saya mengembara ‘sendirian berhad’. Tiada siapa yang taja.

“Bagi saya, tak relevan orang yang travel sendirian dianggap ditaja pihak tertentu. Saya taja diri sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ben membintangi watak utama sebagai Luka dalam filem sulung arahan Datuk Awie bertajuk Rebel.

Rebel mengisahkan dua lelaki yang berebut kuasa kuasa.

Naskhah yang menelan belanja hampir 1 juta ringgit itu mula menemui penonton 2 Mei lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN