REMBAU: Seorang penagih dadah didenda sebanyak RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menggigit lengan anggota polis yang sedang bertugas dalam kejadian di Rumah Rakyat Chembong di sini, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Azli Kamarudin, 37, beralamat di Pedas, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan dihadapan Majistret, Kartini Kasran. Majistret turut menetapkan lima bulan penjara sekiranya tertuduh yang juga penganggur gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.…










