Pemuda hilang ketika berjoging sejak Sabtu

Pemuda hilang ketika berjoging sejak Sabtu

Operasi mencari mangsa hilang di Bukit Hilltop, Batu Kawan sedang giat dijalankan. Foto IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar berjoging seorang diri di Bukit Hilltop di sini, sejak Sabtu lalu.

Mangsa, Muhammad Azfar Ismail, 29, dipercayai keluar dari rumahnya di Taman Mutiara kira-kira pukul 5 petang dan kehilangan pemuda itu hanya disedari oleh abangnya pada tengah malam, hari yang sama.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, ketika ini, usaha mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan sebaik sahaja menerima laporan mengenai kehilangan mangsa.

Katanya, selain APM, operasi itu turut dibantu oleh sepasukan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri serta polis.

Jelas beliau, penduduk kampung berhampiran turut membantu mencari mangsa di kawasan bukit seluas kira-kira lima kilometer (km).

“Pencarian mungkin agak sukar kerana mangsa dipercayai tidak membawa telefon bimbitnya bersama. Namun, usaha menjejaki mangsa masih giat dilakukan ketika ini,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, trek mendaki di Bukit Hilltop itu sepanjang tujuh kilometer (km) yang melibatkan laluan bukit sepanjang 5km dan laluan kampung iaitu kira-kira 2km.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×