MELAKA: Semua pihak yang terlibat dengan insiden pergaduhan pemain pada perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Ahad lalu telah berdamai. Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihak terbabit turut bersetuju menyelesaikan masalah di peringkat dalaman persatuan. Kata beliau, setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung insiden tersebut. “Satu video tular 44 saat telah dikesan di aplikasi X pada Isnin yang…










