Pejalan kaki maut dilanggar kereta - Utusan Malaysia

Pejalan kaki maut dilanggar kereta

KEADAAN mayat seorang lelaki yang maut dilanggar sebuah kereta di Kilometer 20, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan dekat Kampung Rhu Muda, Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang pejalan kaki lelaki maut dilanggar sebuah kereta di Kilometer 20, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat Kampung Rhu Muda di sini, kira- kira pukul 3.50 pagi, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang tiada
sebarang dokumen pengenalan diri disahkan meninggal dunia pukul 7.20 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintenden Mohd. Razman Setapa berkata, kemalangan melibatkan mangsa dengan Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku sewaktu pemandu kereta dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, sampai di tempat kejadian tiba-tiba seorang pejalan kaki berdiri di tengah laluan.

“Akibat jarak yang terlalu dekat pemandu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa. Pejalan kaki berkenaan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat.

“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana tidak terdapat sebarang dokumen pengenalan diri. Anggaran umur dalam lingkungan 60 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambah beliau, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN