Pasangan suami isteri ditahan miliki syabu 466.07 gram

Pasangan suami isteri ditahan miliki syabu 466.07 gram

PASANGAN suami isteri yang ditahan kerana memiliki syabu di Penampang, Sabah. - IHSAN IPD PENAMPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Sepasang suami isteri ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 466.07 gram dengan anggaran nilai RM16,000 dalam dua operasi berasingan di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Erwansyah Abdil Basir berkata, dalam serbuan pertamaoleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJN), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun.

Menurutnya, hasil tangkapan pertama membawa kepada tangkapan kedua membabitkan seorang wanita berusia 34 tahun dan menemukan satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki syabu seberat 466.07 gram.

“Hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif ganja.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 kali. 

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN