CIK Bunga sangat yakin dan pasti, ramai kalangan warganet tertanya-tanya apa sebenarnya pekerjaan suami kepada anak pasangan pelakon sensasi, Norman Hakim dan Abby Abadi.
Anak yang mana? Aduhai kalau dah kontroversi rumah tangga mereka menjadi topik hangat, mustahil masih ada yang tak tahu siapa yang Cik Bunga maksudkan.
Iyalah, siapa lagi kalau bukan Marissa Dania dengan Aslam yang juga suami kepada Umisya Mazlan. Tempoh hari, Cik Bunga berkesempatan bertemu dengan Abby.
Banyak juga curahan hati dari sisi seorang ibu dikongsikan oleh bekas anggota kumpulan Elite itu.
Dalam banyak pertanyaan, sempat juga Cik Bunga layangkan soalan apa sebenarnya pekerjaan Aslam itu?
Ramai juga yang ada persoalan yang sama bukan? Maklumlah, kalau seorang lelaki mahu beristeri dua, sekurang-kurangnya kena peduli mengenai keadaan kewangannya.
Bukan soal cinta dan perasaan sahaja. Kata Abby, setahunya, menantunya itu buat masa ini bekerja sebagai seorang pemandu Grab.
Pada masa sama, ada juga bisnes yang dilakukan bersama Marissa. Tidak tahu pula bisnes apa namun pendek kata, ada benda lain jugalah dia buat selain bawa Grab itu. Hah… sudah terjawab persoalan masing-masing?
Maklum sahajalah, ada yang fikir, Aslam itu bagai mewarisi harta tujuh keturunan makan tak habis, bisnes juta-juta, sebab itu Marissa tetap hendak kahwin dengannya walaupun tahu lelaki itu suami orang.
Pendek kata, bukan sebab kaya maka Marissa itu berkahwin dengan Aslam. Ini memang cinta mati ini. Bagaimanapun, bukan niat Cik Bunga merendahkan kerja Aslam. Jangan salah faham.
Menantu Abby kerja apa pun, apa yang penting, dia bukan duduk goyang kaki mengharap isteri-isteri jadi sumber rezeki.
Memang Marissa pun ada buat kerja sambilan sebagai model dan sebagainya. Tetapi baguslah kalau Aslam pun fikir kena kerja keras untuk sara keluarga besarnya. Betul tak?
Sesetengah lelaki, gatal mahu kahwin ramai, tetapi kerja pun malas. Elaklah lelaki sebegini. Cakap saja berdegar-degar.










