PUTRAJAYA: National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) dan empat yang lain dibenar merayu di Mahkamah Persekutuan berkaitan ganti rugi nominal yang perlu dibayar oleh Public Bank Berhad berhubung isu kebocoran-kebocoran maklumat sulit akaun bank mereka pada 2012. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim turut membenarkan permohonan Public Bank untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan terhadap liabiliti yang mendapati bank itu melanggar kontrak untuk melindungi kerahsiaan akaun pelanggan.…