MYSA meterai MoU strategik dengan BNM

MYSA meterai MoU strategik dengan BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) mempertingkatkan daya saing pasaran kewangan Malaysia di samping menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menandatangani satu Memorandum Persefahaman kerjasama strategik dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, kerjasama itu merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik yang  dimulakan sejak tahun 2017 dan hasil kejayaan pembangunan sistem aplikasi GIS Bank Negara Malaysia (BNM Geospatial System).

Katanya, sistem aplikasi ini berteraskan teknologi geospatial angkasa dan teknologi lain yang berkaitan telah berjaya dibangunkan dan dioperasikan bagi tujuan pemantauan taburan pusat akses perkhidmatan kewangan di seluruh negara dengan lebih cekap dan berkesan.

“Penggunaan teknologi angkasa dalam tadbir urus BNM ini antaranya dapat mengenal pasti kawasan yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan. 

“Selain itu, teknologi ini juga dapat mengenal pasti kawasan yang perlu diberikan tumpuan bagi inisiatif Bank Bergerak di bawah program Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulih Ekonomi (PEMULIH).

“Selain itu, mengenal pasti aktiviti ekonomi sesebuah kawasan bagi tujuan menaik taraf rangkuman kewangan, membantu pihak bank komersial merancang strategi bagi membuka cawangan, melantik ejen, menempatkan mesin terminal layan serta analisa maklumat sesebuah kawasan sebelum diberikan kebenaran untuk membuka atau menutup cawangan bank,” kata kenyataan itu.

Melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasakan dan memperluaskan lagi fungsi sistem aplikasi berkenaan. 

Kata kenyataan itu, ia termasuk modul tambahan yang akan dilaksanakan bagi penambahbaikan sistem aplikasi yang meliputi aspek pengurusan, perancangan dan pemantauan aset BNM selain akan diperluaskan penggunaannya kepada bank-bank lain di seluruh Malaysia serta pihak-pihak lain yang berkepentingan menerusi seliaan BNM.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN