Model terkenal teman wanita Park Seo-joon? - Utusan Malaysia

Model terkenal teman wanita Park Seo-joon?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Agensi pengurusan bakat, Awesome ENT, sehingga kini belum mengesahkan spekulasi percintaan artis naungan mereka, Park Seo-joon dengan model Amerika Syarikat, Lauren Tsai.

Agensi tersebut dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu kerana kehidupan peribadi pelakon tersebut adalah di luar bidang kuasa mereka justeru pihaknya tidak mempunyai sebarang hak untuk masuk campur mengenai hal berkenaan.

“Park Seo-joon kini berada di luar negara bagi menghadiri sebuah majlis jenama mewah. Antara yang turut dijemput adalah tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang.

“Kami belum dapat mengesahkan mengenai kehidupan peribadi Park kerana ia di luar bidang kuasa kami. Diharap anda faham,” tulis agensi berkenaan di aplikasi Naver.

Spekulasi percintaan membabitkan dua selebriti itu muncul selepas gambar yang memaparkan Park berjalan berdua-duaan dengan Tsai tular di media sosial.

Lauren Tsai merupakan seorang pelukis visual, model dan pelakon Amerika Syarikat. Namanya semakin mendapat perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan rekaan untuk jenama terkenal seperti Marc Jacobs dan Nike.

Tsai mula membintangi dunia lakonan menerusi beberapa drama dan filem seperti Legion, Moxie serta rancangan Terrace House: Aloha State pada tahun 2016.

Terdahulu, Park pada tahun lalu, pernah digosipkan bercinta dengan seorang pempengaruh, Xooos. Khabar angin itu tidak disahkan Awesome ENT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN