Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi AS - Utusan Malaysia

Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dianugerahkan pingat kebebasan presiden yang menjadi penghormatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) Rumah Putih.

Pingat itu disampaikan Presiden AS, Joe Biden kepada aktres berusia 61 tahun itu bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperkaya budaya AS menerusi kemenangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Oscar, tahun lalu.

“Michelle berjaya memecahkan stereotaip sekali gus memperkaya dan mempelbagai budaya AS.

“Peranannya melangkaui jantina, budaya dan bahasa. Daripada seni bela diri hingga komedi romantis, sains fiksyen semuanya menunjukkan persamaan yang kita semua miliki.

“Sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi Oscar dan menggenggam trofi pelakon terbaik, dia bukan sahaja menghiburkan malah memberi inspirasi. Itulah yang terus dia lakukan. Tahniah,” kata Biden.

Michelle merupakan antara 18 individu yang menerima pingat tersebut selain Nancy Pelosi, bekas Senator, Elizabeth Dole, bekas Naib Presiden Al Girem Setiausaha Negara John Keey dan Datuk bekas Bandar New York, Michael Bloomberg.

Terdahulu, pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu mencipta sejarah apabila berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya